Khamis, 6 Oktober 2011

PEMANTAUAN OP DAN BENGKEL SDSI KG SG BUMBUN,PULAU CAREY

28 September. - Satu sesi lawatan kerja diadakan ke Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey yang disertai dua kakitangan Unit Usahawan, Cik Iza Kassim dan Puan Lilis Suriyani. Lawatan ini dijalankan bertujuan untuk memantau Aktiviti Orientasi Pengeluaran (OP) Produk para peserta ukiran kayu Mahmeri dan anyaman pandan mengkuang. Pengarah, Puan Ruslah Khalid, turut serta dalam lawatan tersebut.

Semasa pertemuan itu berlangsung, Unit Usahawan mengambil kesempatan untuk membuat pemeriksaan ke atas 11 buah bengkel ukiran kayu dan anyaman di samping meneliti semula isu dan masalah yang dibangkitkan.

Hasilnya, kebanyakan para peserta berjaya menghasilkan produk yang telah ditetapkan. Unit Usahawan juga mengambil peluang dari lawatan ini untuk meninjau dan mengenalpasti beberapa masalah yang dihadapi oleh Pusat Budaya Orang Asli Mahmeri.

Apa yang pasti, perancangan KMCS pada masa akan datang bagi usahawan tersebut adalah menghasilkan rekaan-rekaan terbaru bagi disalurkan kepada mereka. Seramai enam peserta pengukir kayu serta enam peserta anyaman pandan mengkuang telah memberi persetujuan untuk berkerjasama bersama KMCS bagi menjayakan promosi Hari Kraf Kebangsaan 2012 akan datang.

Semoga lawatan turun padang Unit Usahawan mendapat manfaat bagi kedua-dua pihak serta dapat mengeratkan hubungan baik bagi pembangunan industri kraf di Negeri Selangor.

Demi Kraf Khazanah Negara~ :)




Antara produk yang telah disiapkan oleh Samri



Alias Sayor dan Tongkat Ular Saktinyaa..hihihi

Kak Maznah dan Kumpulan anyaman Mahmeri

Kami berkesempatan menziarah Pak Pion di rumahnya... :))



Tiada ulasan:

Catat Ulasan