Rabu, 12 Oktober 2011

TEMURAMAH DAN TINJAUAN SISTEM RAWATAN SISA AIR BATIK

Khamis lepas bersamaan 6 Oktober 2011, kakitangan daripada Bahagian Teknikal ibu pejabat iaitu Jurutera, Encik Hazery dan Encik Adi Fikry, juga Bahagian Teknologi Maklumat iaitu Encik Khairul Aizat dan Encik Faizullah bersama wakil KMCS yang terdiri daripada Pengarah, Puan Ruslah Khalid, Ketua Unit Usahawan Cik Iza Kassim, Puan Lilis Suriyani berserta Juruteknik, Encik Fathul Muin telah turun padang ke Bengkel Usahawan Kraf Batik di daerah Gombak.

Kami telah berkunjung ke dua buah bengkel usahawan batik, Abas & Sal Batik di Gombak dan Sanggar Layar di Rawang. Lawatan ini bertujuan untuk memantau sistem buangan air batik yang digunakan oleh usahawan serta memberi penerangan yang jelas kepada usahawan mengenai usaha inovasi dan penyelidikan yang dibuat terhadap sistem buangan air batik selain membantu usahawan dalam penyelesaian masalah tersebut.

Apa yang menarik lawatan dirakamkan oleh Encik Hazery termasuklah sesi temuramah bersama usahawan tersebut dan Pengarah KMCS. Banyak kejadian dan gelagat aneh yang mencuit hati yang pastinya memberi kenangan terindah buat kami. Walau bagaimanapun, jutaan terima kasih diucapkan pada Encik Hazery yang bertungkus lumus merakamkan shot-shot yang menarik demi memastikan kualiti mutu rakaman yang dihasilkan adalah terbaik dan memuaskan hati semua pihak.

Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada Bahagian Teknikal dan Teknologi Maklumat kerana sudi bekerjasama bersama usahawan kraf batik Selangor bagi merakamkan program lawatan ini. Juga tidak lupa kepada usahawan yang memberi kerjasama yang begitu baik sepanjang sesi rakaman dan temuramah berlangsung.

Untuk pengetahuan semua, rakaman itu dibuat bagi memenuhi syarat kelayakan bagi menyertai Pertandingan Inovasi 2011 di bawah anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang bakal berlangsung di Perpustakaan Negara. KMCS mengucapkan SEMOGA BERJAYA!! Insya-Allah :)



Tinjauan ke loji pembuangan sisa air batik Abas & Sal Batik

Sesi penerangan dan perbincangan ...mm..tekun sungguh K.Sal tu.. hihihi :)


1,2,3..action~ :)


Sesi Rakaman di Sanggar Layar


Gambar kenangan bersama usahawan Abas & Sal Batik :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan