Rabu, 5 Oktober 2011

KEJUTAN HARI LAHIR & KUNJUNGAN SYAWAL KE RUMAH TIMBALAN PENGARAH

"Kasihi saudaramu sepertimana kamu mengasihi dirimu"

Ungkapan di atas tepat untuk menggambarkan betapa terujanya rombongan warga KMCS yang telah membuat kejutan istimewa dengan berkunjung ke rumah Puan Zailah, Timbalan Pengarah di Bandar Tasik Puteri.

Apatah lagi, beliau yang kini sedang sarat hamil dan sedang membilang hari bagi melahirkan anak ketiga dalam masa terdekat. Merasa sedikit terkejut namun pantas disembunyikan dengan senyuman beliau yang gembira menerima kedatangan kami.

Di samping itu, bagi memeriahkan kunjungan kami pada hari tersebut, Kelab Sukan dan Kebajikan KMCS telah mengadakan sambutan Hari Lahir bagi mereka yang lahir pada bulan Julai hingga September. Mereka yang bertuah itu ialah Puan Lilis Suriyani (7 Julai), Encik Rushdan (14 Ogos), Encik Ridzuan (17 Ogos), Puan Ruslah (11 September) dan Cik Zuridah (29 September). Selamat Hari Lahir diucapkan, semoga sentiasa dirahmati Allah dan diberkati umurnya!!! :)

Istmewa buat Puan Zailah dan keluarga, jutaan terima kasih diucapkan atas layanan berserta juadah yang sungguh enak disediakan. Semoga dipermudahkan urusan dan selamat melahirkan. Doa kami agar Puan dan cahayamata baru sihat sejahtera. Tahniah dari kami, warga KMCS. :)


Allah selamatkan kamu..Allah Selamatkan Kamu...teng..teng..

Kek Walnut Brownies .yummy..yummy..

Jemput makan semua...


Keceriaan tergambar pada wajah Puan Zailah... Terima Kasih K.ila! :)) saya hanya tumpang gembira..huhu..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan