Isnin, 17 Oktober 2011

‘KENDURI DAUN PISANG’




Ketibaan YB. Senator Datuk Maglin D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia Di Sekolah Kebangsaan (T) Bestari Jaya, Ijok, Selangor bagi perasmian Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS)







Tetamu jemputan yang hadir ke PMS Seni Budaya Kenduri Daun Pisang




Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Selangor (JKKN) dengan kerjasama Komuniti Bestari Mukim Ijok, telah mengadakan satu Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) ‘Kenduri Daun Pisang’ pada 24 September 2011 bertempat di Sekolah Kebangsaan (T) Bestari Jaya, Ijok, Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).


Tujuan program ialah untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian. Ia juga merupakan satu usaha merakyatkan seni budaya ke arah pembentukan gagasan 1Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah Kenduri Daun Pisang, pertandingan nyanyian, persembahan kebudayaan dan kesenian (melukis kolam, mengikat bunga, kabaddi dan pencungkilan bakat nyanyian lagu tamil).



Sebagai salah sebuah agensi yang menganggotai Jawatankuasa Penyelaras Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (JKPKPKK) Negeri Selangor, Kraftangan Malaysia Cawangan Selangor (KMCS) telah dijemput bersama bagi memeriahkan lagi program ini.







Salah satu hasil karya pertandingan melukis kolam oleh pelajar




Seorang peserta pencarian bakat nyanyian lagu tamil






Persembahan tarian pelajar-pelajar SJK (Tamil) Bestari jaya




Barisan pelajar yang mengambil bahagian melukis kolam





YB sedang melawat hasil pertandingan melukis kolam







Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan oleh


penyelaras BN DUN Ijok Encik K. Partiban






Persiapan terakhir untuk program makan ‘kenduri daun pisang’





Pertandingan Kabaddi dijalankan diantara sesama pelajar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan