Khamis, 13 Oktober 2011

IMBASAN SEKITAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA DAN PEMBUKAAN BENGKEL BARU USAHAWAN KRAF BATIK ABAS & SAL BATIK

Bengkel baru Abas & Sal Batik yang baru siap dibina menempatkan Pejabat, Bilik Pameran dan Bengkel Batik



Puan Salmah sedang menyambut tetamu yang hadir ke rumah terbuka beliau

Tanggal 24 September 2011, dalam menyambut kemeriahan Syawal yang hanya tinggal beberapa hari lagi, masih ramai yang menyambutnya dengan mengadakan rumah terbuka. Ini bagi merebut peluang yang bukan sedikit ganjaranya dari Allah S.W.T. bagi mereka yang berkemampuan serta tahu akan fadzilat bersedekah dengan pelbagai cara seperti sumbangan tenaga, wang ringgit, dan juga mengadakan rumah terbuka.

Inilah yang dilakukan oleh salah seorang pengusah kraf dari Negeri Selangor iaitu Abas & Sal Batik. Tanggal 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 (Sabtu), beliau telah menjemput warga kerja Ibu Pejabat, KMCS, dan juga kenalan beliau yang terlibat di dalam industri kraf untuk hadir ke majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri beliau bertempat di bengkel batik yang baru siap dibina iaitu di Lot. 1616-7, Kampung Padang Balang, Sentul.

Kehadiran Pengarah KMCS dan warga kerja Kraftangan Malaysia ke majlis tersebut amat dialukan oleh pihak Abas & Sal Batik. Beliau telah merakamkan penghargaan terima kasih kepada pihak Kraftangan Malaysia yang telah banyak membantu beliau di dalam memberi bantuan mesin dan peluang-peluang promosi hingga beliau berjaya sampai ke tahap sekarang. Terima kasih kepada Kraftangan Malaysia.



Sebilangan tetamu yang hadir ke Majlis Jamuan Hari Raya Abas & Sal Batik




Walaupun sibuk, Puan Sal menguntukkan masa melayan tetamu dari Kraftangan Malaysia


Pelbagai produk tekstil batik terdapat di butik ini


Betapa luasnya bengkel batik Abas & Sal Batik yang dijadikan ruang sementara untuk majlis jamuan Hari Raya yang dianjurkan



Ruang Pejabat menerima tetamu VIP di tingkat bawah




Butik di tingkat atas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan