Selasa, 29 Mac 2011

JANGAN PANDANG SAJA, JOM KITA GOTONG-ROYONG...


Sejak seminggu dua kebelakangan ini, banyak cawangan telah menjalankan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan pejabat. Baguslah, ia merupakan salah satu aktiviti yang baik. Bukannya apa, apabila tempat kerja kita bersih, semangat untuk bekerja pun tinggi. Itu boleh menjadi motivasi diri.


Mengambil semangat rakan-rakan di cawagan lain, kami warga KMCS juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama melakukan aktiviti gotong-royong bagi mengemas dan menghias bilik mesyuarat. Nampak saja bilik kecil, namun penatnya boleh tahan juga. Dua hari juga kami berkemas, kini baru nampak hasilnya. Jika sebelum ini bilik mesyuarat tersebut bagaikan stor, keadaannya pada petang ini sudah berubah sama sekali dan berhias cantik. Wah, inilah hasil penangan Muin, A'aa, En. Dan, Iza, Wan, Akmal dan lain-lain. Syabas!

Walaupun, keadaan kami di sini serba kekurangan, namun kami bersyukur kerana rakan-rakan kami di IKN banyak membantu dalam meminjamkan keperluan seperti meja, kerusi, alas kerusi dan sebagainya. Terima kasih rakan-rakan di IKN.

Jadi petang nanti bilik tersebut sudah boleh digunakan bagi mengadakan Mesyuarat Perlaksanaan Bengkel Bimbingan Teknikal Enamelling. Sekarang kami sudah boleh tersenyum puas kerana bilik tersebut sudah kemas, cantik dan tersusun, bak kata orang, “barulah tak sakit mata memandang”. Tahniah!


3 ulasan:

  1. Ucapan jutaan terima kasih pada semua yang membantu sy bagi persiapan ini..... TQ Very MUCH!! jasamu dikenang dan hanya Allah swt dpt membalasnya..ameennn~ :))

    BalasPadam
  2. Rajin cik Eyza kita ni...hehe

    BalasPadam
  3. hehehee~ semua staff kt cni rajin2 belaka en safarin~ anywy tq v much!! :)

    BalasPadam