Rabu, 9 Mac 2011

SEPI TANPA SHAFIQ


Kini, tempat Shafiq kosong belum ada pengganti


Hari ini merupakan hari ke-3 saudara Shafiq bin Khairi bertugas sebagai Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi, E27 di Bahagian Audit, Ibu Pejabat. Bagi kami di KMCS begitu terasa akan ketiadaan beliau di sini. Selalunya pada waktu pagi, mulutnya sudah riuh rendah mengajak kawan-kawan bersarapan bersama. Itu belum tengok dia menari ‘chicken dance’ , memang kelakar. Bila perlukan pertolongan, dialah yang rajin membantu. Kini, tiada lagi orang yang hendak membancuh air apabila ada jamuan makan. Tiada lagi ‘promoter’ untuk menarik perhatian pengunjung untuk mencuba aktiviti pendidikan kraf…


Pagi ini terasa sunyi sekali. Tambahan pula Puan Sue bercuti kerana membawa Rayyan Zidan ke klinik. Masing-masing sepi tanpa kata-kata. Suasana riuh rendah seperti selalu tidak kedengaran. Si Akmal pula bila bercakap mesti ada menyebut nama Shafiq. Awal-awal pagi tadi pula si Shahrul Hakimi mengingatkan kami betapa sunyi tanpa Shafiq. Wah, besarnya penangan si Shafiq pada kami di sini.


Walaupun beliau tiada di sini, kami masih berhubungan melalui telefon. Biar di mana sahaja dia berada, dia masih lagi merupakan rakan sekerja kami yang baik. Segala budi dan jasa baik beliau sentiasa terpahat di hati kami. Kami di sini mendoakan agar Shafiq gembira dan Berjaya di tempat baru. Semoga berjaya! Amin.



"Erm, gelagat yang sentiasa ceria."


"Gaya sedih la pula.."


"Pantang nampak kamera, mesti ada je muka dia."


Kini, suasana di pejabat yang muram dan tidak ceria


Tiada lagi riuh rendah seperti selalu

13 ulasan:

  1. Alaa..sedeyyynyee...syasya x de lg... huhuhu :)
    i'll be missing u.. :(

    BalasPadam
  2. Rindunya kat shafiq....dinda manisku....sob...sob....:(

    BalasPadam
  3. harimau mati meninggalkan belang...
    Shafiq pindah meninggalkan kenangan... :(

    BalasPadam
  4. Utk semua KESAYANGAN saya KMCS........
    Sy selalu rindu kat semua even sy jauh kt antartika...hihihihi....KMCS d best ever!!!!!!!!!!
    Thnx upload pic sy...Thnx byk ajar sy...Thnx utk macam2 perkara....
    Dalam hati ada anda semua :
    Pn.Ruslah,Kak Ila,En.Dan,Kak Iza,Kak Shida,Kak Shila,Kak Odah,Kak Sue,Kak Anes,Kak Juju,Kemal,AA,Muin,Kak Nawwar,Seri,Wan....

    BalasPadam
  5. Wah sedihnye ayat tu... huhuhu

    BalasPadam
  6. ~senyum tak perlu kata apa-apa~ sedihnye.. tanpa shafiq.. shafiq: nanti xde org nk makeup kan sy.. huhahaha....... :-{

    BalasPadam
  7. adehhh..sedeyyynyeee...sy syasya! sob..sob.. :((
    ~dh xde org tegur sy every morning ' k,iza! jom breakfast!' (even tau sy mmg x pegi breakfst kt luar) TQ v much ats keprihatian & bantu akak! hihi..

    BalasPadam
  8. Saya pun sama sya... Thanks atas sume bantuan dan pertolongan yang awak bagi pada saya selama ni.. lepas ni xde lagi orang nak tolong saya masa edukraf...

    BalasPadam
  9. syasya... kak shila dah xde teman dah nak blaja makeup2 lagi....pastu xleh dah nak 'chicken dance' sama-sama lagi....huhuhu....

    BalasPadam
  10. Pak Cik Dan kata...

    Ari tu belajar pasai key in data a/c dlm sistem centry, nota pnya panjang, latihan pun dah try, bila sampai masa nak buat.... nampak hitam dlm kepala hotak, macam mana ni shafiq....

    BalasPadam
  11. apiq sedih gila mengenangkan dah tak ada teman yg tumpang kat keta belakang........erm......wlupun sedih tp ku tahan jebat wawwaaaaa...apa2pun thans a lot 4 everything ya,pasni dah tak blh dgr momok2 ni bergosip lg.......hahhahhhaa.....will miss u........

    BalasPadam
  12. huhu syafik ni mmg kecoh dr dulu smpai skang dia tak penah berubah hehehehe...

    BalasPadam